Thursday, October 6, 2011

PECAHAN

Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan.



Sebagai contoh dalam pecahan 3/4,

pengangka adalah 3 yang menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut adalah 4 yang menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.


Berikut adalah contoh soalan pecahan :

1. 8/9 - 1/3 =

A 1/9

B 1/6

C 5/9

D 7/9


Aplikasi pecahan dalam kehidupan:

· Pecahan memudahkan kita dalam pembahagian bahan-bahan untuk memasak.Contohnya kita memerlukan 1/3 air dan 3/5 tepung untuk membuat pancake.

· Untuk mengukur atau mendapatkan bahagian sudut yang besar contohnya keluasan rumah atau keluasan taman.

· Pecahan juga digunakan dalam melihat jam.Contohnya pukul 1.15 petang, kita menyebutnya sebagai pukul 1 suku.

· Pecahan digunakan juga dalam menyira markah ujian pelajar.Contohnya pelajar A mendapat 30/50 dalam ujian matematiknya.


Berikut adalah pautan video pecahan :


Klik di sini untuk latihan pecahan

Klik sini untuk permainan pecahan




PERPULUHAN

Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas. Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan, mungkin kerana manusia mempunyai sepuluh jari di tangan.



Berikut adalah contoh soalan perpuluhan :

Tinggi Ahmad ialah 1.65 m dan tinggi Ah Chong ialah 1.35 m. Maniam pula 20 cm lebih tinggi dari pada Ah Chong. Perbezaan tinggi antara Ahmad dan Maniam ialah

A 5 cm
B 8 cm
C 10 cm
D 30 cm


Aplikasi nombor perpuluhan dalam kehidupan :

  • Perpuluhan digunakan untuk mengira unit-unit kecil contohnya dalam mengukur lilitan batang pokok.
  • Perpuluhan juga menunjukkan ketepatan sesuatu perkara contohnya berat badan dan tinggi manusia.
  • Perpuluhan digunakan dalam mengira purata nilai gred dalam peperiksaan.
  • Perpuluhan digunakan dalam mencari siaran radio contonya Radio IKIM iaiti 102.7 Hz

Berikut adalah pautan video perpuluhan :



PERATUSAN


Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %.


Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.



Berikut adalah contoh soalan peratus :

30% daripada 5000 - 20% daripada 2 000 ialah

A 400

B 1100

C 3000

D 3010


Aplikasi peratus dalam kehidupan :

ü Peratus banyak melibatkan wang contohnya kenaikan dan pengurangan nilai mata wang.

ü Peratus juga digunakan untuk mengira untung rugi, komisyen dan potongan harga.

ü Peratus digunakan untuk mengira pemarkahan ujian atau peperiksaan pelajar.

ü Peratus digunakan di pusat beli belah yang menunjukkan penurunan harga dengan menggunakan nilai seperti 50%dan 70%.


Berikut adalah pautan video peratusan :


Klik sini untuk soalan peratus